latar belakang sekolah
Sekolah Menengah Agama Maarif merupakan sebuah sekolah agama yang terawal wujud di Daerah Besut. Sekolah ini telah diasaskan oleh Tuan Guru Abas bin Haji Mohamad. Nama asalnya ialah "madrasah rokki al-arif" yang diwujudkan pada tahun 1942. Al-Maarif adalah nama yang telah diberikan oleh Tuan Haji Mohamad bin Haji Awang iaitu Pengetua yang pertama. Nama tersebut diambil sempena dengan nama Madrasah Al-Maarif di Singapura yang pernah menjadi tempat beliau menimba ilmu pengetahuan.
![]() |
Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail Pengetua |
Assalamualaikum wbt.....
Pertamanya, saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, laman web sekolah ini dapat dibangunkan. Ucapan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang menyumbangkan tenaga dan idea untuk menjadikan impian warga sekolah ini menjadi realiti. Tidak lupa ucapan terima kasih juga kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung untuk pembangunan laman ini.
Laman ini merupakan satu medium yang penting bagi pihak sekolah untuk menyampaikan apa jua maklumat kepada pelanggan-pelanggan. Ianya boleh diakses pada bila-bila masa, dimana jua yang mempunyai akses internet. Ini akan memberi kemudahan kepada ibu-bapa khususnya dan masyarakat setempat amnya untuk mengikuti perkembangan terkini tentang sekolah ini.
Akhirnya, saya mengharapkan agar laman ini memberi impak yang baik kepada sesiapa sahaja yang berminat. Semoga usaha yang sedikit ini akan memberi kebaikan kepada semua insan yang melawatinya.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment